Saturday, 26 November 2011

PENGENALAN KOLEJ EMPAT BELAS

                   Kolej Empat Belas mula beroperasi pada semester Mei Sesi 2000-2001. Pengurusan bangunan dan persekitaran kolej ini ditadbir oleh sebuah syarikat swasta, PJS Development Sdn. Bhd. Pengurusan penginapan pula diuruskan bersama di antara sebuah syarikat swasta dan Kolej Empat Belas.     Keseluruhan infrastruktur kolej yang beroperasi secara ‘Built Operate Transfer’ (B.O.T) ini siap dibina pada bulan November 1999.Kolej Empat Belas (Kolej 14) mempunyai enam buah blok yang terdiri daripada empat blok untuk pelajar siswi iaitu blok P4, P7,  L4 dan L5, manakala dua blok untuk pelajar siswa iaitu blok  L2 dan L6. 


            Jumlah pelajar kolej empat belas semester 2006/2007 adalah seramai 1458 orang yang terdiri daripada 330 mahasiswa manakala 1128 adalah mahasiswi. Beberapa  kemudahan asas telah disediakan oleh pihak kolej dengan kerjasama pihak pengurusan PJS Development. Diantaranya surau, bilik tutorial, dua buah makmal Teknologi Maklumat, sebuah bilik kaunseling, sebuah Bilik Gerakan Majlis Tertinggi  Mahasiswa (MTM) dan beberapa bilik penginapan Felo-Felo. Juga terdapat sebuah Dewan Serbaguna berhawa dingin dan padang permainan serta gelanggang serba guna yang dikongsi bersama pelajar Kolej Dua Belas,Lima Belas dan Enam Belas. Sebuah bilik mesyuarat yang berkapasiti 25 orang telah disediakan bagi memudahkan pelajar ataupun staf-staf kolej untuk mengadakan sesi perbincangan dan mesyuarat. Untuk menjamin keselamatan warga kolej keseluruhannya, Syarikat Guard Incorporated telah ditugaskan membuat kawalan 24 jam bagi memastikan pelajar berasa selamat berada di kolej. Memandangkan kedudukan kolej ini agak jauh dari kawasan akademik, pihak universiti telah menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa para pelajar ke fakulti dan kolej. Tempat letak kereta dan motosikal telah disediakan berhampiran dengan blok-blok kediaman pelajar. Terdapat  juga sebuah kafeteria kolej yang beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Selain itu terdapat perkhidmatan mesin basuh, kedai alat tulis dan sebuah kafe siber. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelajar tidak lagi perlu keluar ke tempat lain yang lebih jauh bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan harian mereka.

2 comments:

Admin Blog K16 UPM said...

assalam admin..

kenapa tidak diteruskan legasi blog kolej ni admin..hee. banyak manfaatnya.

from: admin blog kolej enam belas UPM

Unknown said...

assalam admin nape tak teruskan update blog nie? saya student baru nk masuk esok still tak nampak lagi suasana k14 camne 😭😭😭😭😭

from: budak asper11 nak daftar besok